REFLEKSI

Assalammualaikum,
                               Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana mempermudahkan bagi saya mempelajari dan membuat blog. Blog adalah sesuatu yang asing bagi saya kerana saya bukan seseorang yang menyukai gadget. Pada mulanya saya mendapati amat sukar untuk melaksanakannya tetapi setelah mendapat tunjuk ajar dari pensyarah Pengurusan Sumber iaitu Puan Haslina binti Hassan. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang selama ini banyak bersabar dalam mendidik saya.
                                Saya mendapat faedah setelah berjaya membuat blog bagi Tabika tempat saya mengajar. Kini saya dapat memasukkan data-data yang berkaitan dengan Tabika, gambar-gambar aktiviti, lembaran kerja bagi murid-murid saya dan sebagainya. Blog ini juga memudahkan ibubapa murid-murid saya untuk melihat aktiviti-aktiviti Tabika yang dijalankan sepanjang tahun.


                             "Kalau ada jarum yang patah,
                              Jangan simpan di dalam peti,
                              Kalau ada silap dan salah,
                              Jangan simpan di dalam hati."

                     TERIMA KASIH......................

No comments:

Post a Comment