PENGENALAN

Assalammualaikum...Salam Sejahtera...Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia,

Tabika Perpaduan Taman Lindungan Jaya B ditempatkan di Dewan Orang Ramai Jalan PJS 4/27, Taman Lindungan Jaya, Petaling Jaya. Tabika ini ditubuhkan pada tahun 1993. Saya adalah guru kedua yang berkhidmat di Tabika ini bermula dari tahun 2013 sehingga kini. Tabika ini dikelilingi oleh kawasan perumahan. Bermula pada tahun 2014, Tabika ini beroperasi pada petang iaitu dari jam 12:30 hari sehingga 4:30 petang. Pada tahun ini, Tabika Perpaduan Taman Lindungan Jaya B dijalankan pada sebelah pagi pula (8:00 pagi sehingga 12;00 tengahari. Murid-murid yang belajar pada tahun ini adalah 25 orang yang terdiri dari berbilang kaum. Kesemua murid-muridnya adalah berusia 6 tahun.

No comments:

Post a Comment